Format Penulisan Artikel


Format ini akan membantu kita untuk menulis artikel dengan pantas. Minima masa yang diambil untuk menghasilkan artikel ini adalah kurang daripada 10 minit. Setiap perenggan mempunyai peranan yang tersendiri.

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

format-penulisan

Format penulisan artikel ini terbahagi kepada 5 kategori:

1. Tajuk.
2. Pendahuluan.
3. 3 Isi kandungan.
4. Penutup.
5. CTA (Call to action).

1 - Tajuk


Tajuk adalah kunci emas. Ia menentukan sama ada artikel kita akan dibaca atau sebaliknya. Justeru itu, ambil masa untuk menghasilkan tajuk yang menarik perhatian. Antara tajuk yang menarik adalah:

1. Top list (Contoh: 7 Cara..., 101 Teknik... dan sebagainya).
2. Rahsia... (Contoh: Rahsia Pemasaran..., Rahsia Saya Menghasilkan...).
3. Nama produk (Contoh: Sabun Pencuci XYZ).
4. Nama individu autoriti (Contoh: Suhaimy Wangcyber.com).
5. Kontroversi (Contoh: Kenapa Saya Benci Dr. Azizan Osman).

2 - Pendahuluan


Biasakan bermula dengan perenggan yang memberikan fakta penting terhadap topik yang ditulis. Pendahuluan adalah bahagian kedua paling penting selepas tajuk. Ia akan menentukan sama ada artikel kita berbaloi untuk dibaca sehingga habis atau sebaliknya.

Sebagai contoh, pendahuluan yang dimulakan dengan ayat seperti:

"Dalam buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan, karya Tuan Shah Othman, beliau menyatakan fotografi perkahwinan adalah lubuk emas bagi penggemar lensa kamera."

Adalah lebih baik berbanding,

"Buat duit dengan fotografi perkahwinan adalah perkara yang tidak asing lagi. Ramai yang sudah buat duit dengan cara ini."

3 - 3 Isi Kandungan


Luangkan masa sekurang-kurangnya 3 minit untuk mencari 3 isi kandungan daripada sumber yang berbeza. Antara sumber yang boleh digunakan adalah:

  • Buku.
  • Akhbar.
  • Majalah.
  • Laman web.
  • Perkongsian individu autoriti di ruangan social media (Facebook atau Twitter).
Setiap satu isi kandungan diolah sekurang-kurangnya 3 perenggan. Bermakna kita akan mempunyai 9 perenggan untuk isi kandungan (3 isi kandungan x 3 perenggan). Ini secara tidak langsung dapat mendorong kita menulis lebih 350 patah kata untuk bahagian isi kandungan sahaja.

4 - Penutup


Gunakan penutup sebagai ruangan untuk kita menyatakan pendapat kita terhadap topik yang diolah.

5 - CTA (Call to Action)


Apabila menggunakan CTA, kita sebenarnya mendorong para pembaca untuk melakukan aktiviti yang kita mahukan. Sebagai contoh, mengajak mereka untuk ke laman web bagi melihat produk yang dicadangkan.

Atau kita boleh sarankan mereka untuk memberikan pendapat menerusi ruangan komen yang wujud di blog.

Penting untuk kita kenal pasti terlebih dahulu tujuan utama menghasilkan artikel. Jika ia dihasilkan untuk menarik prospek membeli produk, maka gunakan CTA yang berkaitan.

Contohnya:

  • Sekiranya anda mahu maklumat lanjut mengenai XYZ, sila klik di sini.
  • Sertai Seminar XYZ sekarang sementara tempahan masih dibuka.
  • Hanya 10 orang sahaja yang dibenarkan untuk membeli produk ini. Lakukannya sekarang.

Anda ingin mengetahui “teknik menulis dengan pantas” serta “bagaimana menjana pendapatan dengan penulisan”....


Malah, bukan itu sahaja.. beberapa lagi rahsia yang dibongkarkan, seperti..

  • 10 Batu Penghalang Serta Kesilapan yang perlu anda elakkan sebagai seorang penulis.. elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini, insyallah perjalanan anda untuk menjadi seorang penulis yang kaya & Berjaya lebih mudah!
  • 3 Fasa Penulisan... 3 fasa ini perlu anda ketahui untuk memudahkan anda menguruskan diri dan kerja anda.
  • 9 Syarat Bina Blog... Ya! Blog adalah medium yang sangat bagus untuk anda membina jenama sebagai seorang penulis bebas. Tetapi ada syaratnya!.. bukan main hentam sahaja.. 
  • 17 Cara Promosi untuk memudahkan anda mendapat pelanggan...
  • 3 Teknik Menjadi Pakar Dengan Pantas... mahu atau tidak, pelanggan lebih gemar mendapatkan perkhidmatan dari mereka yang pakar. 
  • 5 Formula Mudah Meningkatkan Jualan ... Ya apabila sudah ada pihak yang berminat dengan penulisan anda, ada 5 cara untuk anda memastikan pelanggan tersebut sudi untuk membayar anda dengan bayaran yang lebih!.
  • 37 Cara Mencari Idea Penulisan! Insyallah.. inilah rahsia bagaimana anda boleh menyiapkan setiap kerja penulisan dengan pantas dan lancar.

Semuanya dibongkarkan Menerusi Ebook Dibawah...

buat-duit-menulis

Insyallah, dengan ebook ini, ianya akan dapat memberikan anda panduan yang sebenar, bagaimana untuk menjana wang menerusi aktiviti penulisan anda.