5 Langkah Tulis Surat Jualan
Dari pengalaman pertama saya, menulis surat jualan yang pertama adalah sesuatu yang menyusahkan. Ada sahaja yang tidak kena dengan penulisan tersebut. Namun ada beberapa cara dalam penulisan surat jualan untuk menulis dengan mudah.
Caranya adalah dengan menjawab beberapa soalan.
Soalan 1 : Apakah masalah yang dihadapi oleh sasaran pasaran ?
Mungkin ditangan anda telah ada produk. Oleh anda harus fikirkan siapa yang bakal menggunakan produk tersebut. Baik bila sudah tahu siapa sudah tentu akan tahu apa masalah metreka yang mana ianya mempunyai kaitan dengan produk yang anda ada.
Ataupun jika tiada cipta pasaran dengan mencipta masalah yang mungkin prospek tidak menyedari akan masalah tersebut. Senaraikan dan pilih mana yang betul-betul memberi kesan kepada pembaca sasaran.

Soalan 2 : Siapa aku dan kenapa pembaca harus baca tulisan aku ?
Baik, anda sebagai penulis surat jualan dan jika anda menulis untuk orang lain apa yang akan anda lakukan adalah bertanya siapa sebenarnya tuan punya surat jualan. Anda akan dapatkan data peribadi dan kalau boleh yang berkaitan dengan produk yang hendak dijual dan anda mula menulis sebagai orang tersebut dan bukan diri anda lagi.
Dengan kata lain kalau seorang pelakon tu terpaksa membawa setiap watak dengan baik begitu jugalah seorang penulis surat jualan.
Jadi dari situ dengan mengetahui siapa aku, apa yang aku ada dan apa yang boleh aku beri kepada pembaca harus dijawab.
Soalan 3 : Apakah produk yang nak dijual, dan bagaimana produk tersebut mampu menyelesaikan masalah dalam pasaran yang dipilih ?
Menjual sesuatu produk tidak akan berjaya jika produk itu sendiri tidak anda kenali. Apa yang produk tersebut boleh lakukan. Adakah ia seperti sebiji Panadol yang mampu menghilangkan pening kepala, atau adakah ia merupakan setin air Coca Cola sejuk di panas yang terik?
Cari apakah ciri-cirinya? Dan dari ciri-ciri tersebut apa faedah yang boleh diberikan kepada pembaca surat jualan anda.
Soalan 4 : Apa yang pembaca surat jualan perlu lakukan untuk memiliki produk ini?
Dari persoalan ini sudah tentu anda akan menyediakan cara-cara untuk melakukan pesanan. Sebelum itu anda juga harus memberitahu berapa harganya dan terangkan bagaimana untuk melakukan pesanan. Mudahkan pembaca dengan memberi pelbagai kemudahan bayaran bagi melakukan pesanan
Soalan 5 : Kenapa sasaran pembaca surat jualan tersebut harus bertindak sekarang dan tidak kemudian ?
Anda harus fikirkan bagaimana supaya pembaca sasaran anda terus melakukan tindakan. Adakah kerana stok yang terhad? Masa yang terhad? Atau mungkin anda boleh beri motivasi atas apa yang yang bakal berlaku jika pembaca tidak bertindak segera. Fikirkan satu alasan yang baik.
Akhirnya……Kumpulkan balik jawapan-jawapan dari persoalan tersebut baca dan anda akan faham apa yang anda tuliskan.
Langkah seterusnya…
1) Tulis Headline yang mampu menarik perhatian
2) Susun balik jawapan-jawapan kepada persoalan di atas dengan susuna yang beraliran. Hubungkan mereka dengan beberapa ayat.
Jangan bimbang penulisan anda tersebut betul atau salah. Habiskan dan setelah itu baru lihat semula dan baca dari awal hingga ke hujung. Cari titik-titik kelemahan jika ada dan walah…. Anda telah siapkan surat jualan pertama anda.