Psikologi Pelanggan
Apabila anda ingin menghasilkan ayat iklan yang menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk anda, perkara pertama ialah memilih perkataan-perkataan yang sesuai.
Setiap kategori pelanggan memberi respons yang berbeza terhadap perkataan yang berbeza.
Pelanggan kategori individu, kategori berkeluarga, kategori peniaga semua ini beri respons yang berbeza terhadap iklan anda.
Apa yang peniaga suka, mungkin mereka dalam kategori individu anggap ia sebagai sesuatu yang tak ada makna.
Selain anda perlu pelbagaikan tona, dan gaya bahasa, anda juga perlu masukkan unsur emosi didalam penulisan iklan anda.
Emosi yang bagaimana yang anda perlu masukkan?
Jawapannya dah tentulah emosi yang mampu untuk “trigger” ataupun mencetuskan rasa ingin membeli di kalangan prospek anda.
Apa dia faktor yang “trigger” emosi pelanggan untuk buat keputusan sama ada nak beli atau tidak dan saya yakin, jika anda gagal untuk trigger faktor tersebut, pelanggan pasti tak akan beli produk anda.
Jika anda rosakkan trigger tersebut, anda pasti akan buatkan pelanggan yang sebelum ini memang nak beli, ubah keputusan kepada tak jadi beli.
Jika anda campur adukkan trigger tersebut, anda akan buatkan pelanggan anda confuse dan kesudahannya, pun sama. Mereka tak jadi beli produk anda.
Masukkan unsur-unsur yang memang terbukti mampu untuk trigger emosi pelanggan untuk membeli, dan In Shaa Allah, anda pasti berjaya menjual apa sahaja produk yang anda promosikan.
Jadi, bagaimana anda nak mencetuskan rasa ingin membeli di kalangan prospek anda.
Ini adalah beberapa RAHSIA yang dikongsikan dalam ebook tersebut:
- Pelanggan Malu Dengan Kekurangan Diri
- Pelanggan Memiliki Ketakutan Terhadap Perkara Atau Peristiwa Tertentu
- Promosi Diskaun
- ADA Free Gift/Free Bonus/Free Voucher
- Mahu Gembirakan Insan Tersayang
- Paksaan
- Rekemen Dari Seseorang Yang Dihormati
- Nak Jual Semula
- Produk Limited Edition
- Ingin Buat Kebajikan