Elakkan Kesilapan Penulisan dalam Artikel

TIP #10: Elakkan Kesilapan

Jika anda menganggap penulisan artikel boleh dilakukan secara sambil lewa, buanglah tanggapan itu kerana ia adalah salah. Bukankah anda ingin membuat para pembaca terpegun apabila mereka membaca tulisan anda? Oleh itu, jangan dilakukan kesilapan-kesilapan seperti ini:
  • Membuat kesalahan ejaan.
  • Menggunakan istilah atau perkataan yang kompleks tanpa memberi penerangan.
  • Mengaplikasikan tatabahasa yang salah dan terpesong.
  • Menggunakan short-form dalam penulisan (contoh: yg, sy, p’niagaan dan lain-lain).
  • Mengulang-ulang idea, ayat dan perkataan yang sama berkali-kali.
  • Penyusunan isi artikel yang tidak teratur (koheren dan kohesi).
  • Tidak menggunakan tanda noktah atau koma. 

Alasan lain bagi kenapa anda harus elakkan dari melakukan kesilapan ini adalah, supaya direktori artikel tidak akan menolak artikel yang ingin dihantar. Jika pihak direktori artikel dapati anda telah melakukan salah satu dari kesalahan di atas, maka, mereka berhak untuk menolak artikel anda untuk disimpan dalam direktori yang disediakan.

Nasihat saya, amalkan sikap penulisan sempurna sebelum publish artikel anda ke direktori pilihan.