Cara Menulis E-mel Jualan Anda

Menulis Emel Jualan

Tidak kisahlah apa pun jenis-jenis penulisan selagi ianya berkaitan dengan jualan serta promosi ianya tidak boleh lari dari konsep PEMIKAT.  

emel-jualan

Dalam penulisan PEMIKAT ianya harus bermula dengan :

  1. Menarik perhatian pembaca… diikuti dengan,
  2. Menarik minat pembaca,
  3. Menjana kehendak,
  4. Dan akhirnya mampu memberi arahan untuk bertindak kepada pembaca

Seperkara lagi dalam melakukan jualan di internet kita jika kita terus menjual kepada prospek kemungkinan besar akan gagal menghasilkan jualan. Harus ada langkah tertentu.

Saranan saya kita perlu lakukan promosi sebelum menjual, semasa menjual dan selepas menjual.

Sebelum menjual – juga dinamakan dengan pra jualan. Tujuannya untuk beri ‘awareness’ serta ‘educate’ tentang produk atau topik yang berkaitan dengan produk yang bakal dijual. Dengan cara ini prospek akan mempunyai kesedaran awal sebelum kita menjual kepadanya. Elakkan dari menjual.

Semasa menjual – Di sini bukan lagi awareness atau educate tetapi menjual. Menjual dengan sebaik mungkin.

Selepas menjual – Selepas anda menjual tidak semua akan membeli dan katakan hanya 10% dari prospek anda itu sahaja yang membeli maka lagi 90% inilah kita perlu lakukan follow up.

Oleh itu pada pandangan saya untuk berjaya meningkatkan jualan bukan setakat email follow up malah email promosi, jualan dan follow up.

Persoalan 1 : Apa yang patut ditulis ke dalam setiap email?


Sekarang kita lihat semula berapakah jumlah email yang ingin kita hantarkan? Baik katakan 5 email. Oleh itu cadangan saya :


  • 2 email promosi pra jualan
  • 1 email jualan
  • 2 email follow up

Email 1 - Email untuk tarik perhatian. Kekuatan terletak kepada tajuk subjek supaya prospek klik untuk baca email. Kandungan pula ada 2 perkara yang akan menarik perhatian pembaca :
  1. Masalah
  2. Impian atau apa yang prospek inginkan

Mulakan email bersiri anda dengan 2 perkara ini atau salah satu darinya. Nyatakan kepada prospek untuk nantikan email kedua bagi memberitahu apakah penyelesaiannya

Email 2 – Email kedua untuk tarik minat dan jana kehendak. Beritahu penyelesaiannya seperti yang telah dijanjikan pada email 1. War-warkan bahawa ada produk yang bakal anda tawarkan di email hadapan.

Email 3 – Email 3 untuk beri arahan bertindak. Di sini barulah anda kita dedahkan link web jualan. Gunakan ‘urgency’. Supaya prospek terus membeli. Ceritakan serba sedikit kelebihan atau faedah dari produk tersebut.

Email 4 – Ini email follow up. Email follow pertama harus sehari selepas email jualan. Mesej jualan harus diperkuatkan lagi. Urgency, testimoni serta suntikan emosi takut terhadap kehilangan dan kekurangan.

Email 5 – Kesinambungan email 4. Ingatkan bahawa ini adalah promosi terakhir dan tiada lagi promosi selepas ini. Kena bertindak hari ini juga.

Tip : Kandungan email follow up kita boleh ambil dan gunakan kandungan surat jualan

Persoalan 2 : Adakah 5 siri email sahaja yang paling sesuai?


Lagi banyak follow up lagi bagus. Ikut kemampuan kita. Mungkin 5, 7, 10 dan sebagainya. Jika kita ni seorang affiliater maka kena limitkan sebab banyak produk lain juga yang ingin kita promosikan. Lain orang lain strateginya.

Untuk memiliki ilmu yang lengkap bagaimana untuk menulis ayat jualan yang mampu menjual dengan segera