Promosikan Artikel Anda

TIP #9: Sebarkan Artikel

Setelah anda berjaya menyiapkan artikel anda, saya sarankan supaya disebarkan artikel anda itu. Maksud saya, anda perlu hantar artikel anda ke direktori artikel supaya umum mudah mencari hasil tulisan atau kajian anda itu. 


Dengan menghantar artikel anda ke direktori artikel, secara tidak langsung, laman web atau blog anda dapat:

  • Membina satu sumber traffik yang percuma.
  • Membuat backlink tanpa bersusah payah mempelajari teknik SEO (Searh Engine Optimization).
  • Meningkatkan pagerank laman web atau blog anda.
  • Membina pemasaran berangkai (viral marketing).
Dengan menghantar artikel anda ke direktori artikel juga, nama anda bakal dijumpai di merata-rata di alam maya ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apabila seseorang pembaca berminat dengan tulisan anda, mereka pasti akan mengambil tulisan anda itu dan letakkan ke laman web atau blog mereka. 

Jika terdapat 10 orang yang berbuat demikian, bukankah nama anda telah berjaya dinaikkan oleh para pembaca ini?

Untuk menjadikan perkara ini berlaku, anda wajib menyelitkan nama anda pada setiap artikel yang ingin dihantar ke direktori artikel. Tuliskan informasi anda seperti di bawah:
  • Penulis bagi artikel ini ialah <nama anda> dari <laman web atau blog anda>.
  • Notis: Jika anda berminat untuk menjadikan artikel ini sebagai isi laman web atau blog anda, sila sertakan nama penulis dan laman asal artikel ini.
  • Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari <laman web atau blog anda>.    
      Ayat seperti ini digunakan jika bertujuan untuk mempromosikan sesuatu produk.  

Untuk pengetahuan anda, sebelum anda menghantar artikel ke direktori artikel, pastikan artikel anda adalah original, berkualiti dan penuh dengan informasi. Bukannya artikel yang menceritakan diri anda atau keluarga dan lain-lain. 

Saya meminta anda berbuat demikian kerana terdapat beratus-ratus penulis lagi yang turut menghantar artikel mereka ke direktori artikel ini. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu artikel anda mempunyai ciri-ciri seperti yang dibincangkan. 

Di bawah ini, saya senaraikan beberapa direktori artikel yang sesuai dengan pasaran tempatan:

  • blogged.my
  • busuk.org
  • blogr.my
  • pingje.org
  • blog.my