7 Cara Tingkatkan Jualan Anda

7 Cara Tingkatkan Jualan

Hari ini saya nak kongsikan 7 ELEMEN penting sebelum kita menjual. Dalam perniagaan, kita tidak boleh terus menjual tanpa ilmu pemasaran. Kita tidak mampu hasilkan ribu-ribu, jika kita lemah dalam penyampaian penulisan iklan.

Pernah atau tidak, anda terfikir! Kenapalah aku punya ayat jualan suram je? Kenapalah jualan aku tak sederas orang lain? Iklan FB Ads dah guna. Tapi tiada respon. Kalau ada satu dua je. Itu pun tengok masa, kadang-kadang beli. Kadang-kadang KOSONG!. 


cara-tingkatkan-jualan

Jangan kecewa. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jom saya tolong anda, tingkatkan jualan dalam masa yang singkat dengan kos pengiklanan yang rendah. Ini antara elemen yang tuan puan boleh fikir-fikirkan. 

1) Pakar Tentang Produk

Semakin mahir anda mengetahui selok belok produk. Semakin mudah anda menjawab segala pertanyaan daripada prospek. Hasilnya, prospek percaya. Jualan meningkat. Mudahkan tip ini. Jadi pakar, orang percaya, jualan terhasil. 

2) Persaingan Sengit 'Lautan Darah'

Lautan darah adalah produk yang dijual ramai orang. Bila ramai, banyak persaingan. Betul tak?. Kita tengok produk A laku, kita pun nak jual produk A. Kita tengok orang jual gajet, kita pun nak jual gajet juga. Tapi tahukah anda, Skrip Pemasaran Ajaib memberi impak 200% emosi pelanggan kita. Mereka menggunakan pendekatan 'pukau' dalam ayat iklan. Itu rahsianya. 

3) Kuasa Komunikasi Penjual

Bila kita berdepan dengan seseorang, gerak badan kita mestilah selari dengan apa yang kita nak kata. Bila memek muka masam, prospek nak dengar pun tak semangat. Betul tak?.Betul. Tetapi dalam penulisan, orang yang baca tidak tahubody language kita. Jadi sebab itulah kemahiran, close-up, follow-up pelanggan penting dalam membuat keputusan. 
Contohnya, tanya khabar dulu sebelum follow-up.

" Apa khabar sis? Sihat. Semalam saya ada berikan ... "
(Skrip Pemasaran Ajaib membantu kita, bagaimana nak follow-up dengan berkesan.)

4) Banyak Dengar, Kurang Cakap.

Kenapa kita ada dua telinga, tapi hanya memiliki satu mulut? Ini antara hikmah kejadian manusia. Ada simboliknya. Bagi seorang penjual, anda sepatutnya lebih banyak mendengar rintihan pelanggan anda. Dengar kisah mereka. Dalami perasaan mereka. Nescaya mereka akan rasa lebih dihargai. Hasilnya, jual apa sahaja, mereka akan beli. Banyak memberikan penyelesaian, membawa tuah dimasa hadapan. 

5) Penjual Dikenali Ramai.

Setuju tak, kalau saya katakan, 'otai' lebih senang buat jualan berbanding 'orang baru'. Ya. Ini satu realiti. Mereka lebih suka membeli daripada mereka yang sudah bertapak lama di industri masing-masing. Ini kerana kredebiliti. Semakin banyak kita kongsi, semakin dekat prospek dengan kita. Hasilnya, jualan meningkat deras. 

6) Sediakan Cara Menggunakan Produk.

Siapa kenal OREO? Branding "Putar. Jilat. Celup". Kajian mendapati, bahawa syarikat OREO menggunakan pemasaran "How TO" pada produk mereka. Mereka menggunakan platform masak-masak sebagai medium pemasaran mereka. Bila sebut masak, ia lebih kepada kaum ibu (Kuasa Beli Tinggi). 


Antaranya: " Bagaimana cara buat kek OREO? Bagaimana nak buat kuih raya? Jika anda perasan, dengan kaedah seperti inilah, nama OREO terus melonjak naik. Disebabkan teknik pemasaran ini, orang teringin menggunakan OREO dalam masakan mereka." (Jadi gunakan teknik ini, untuk produk anda. InsyaAllah, hasilnya berbeza)

7) Teknik Deal & Closing Jualan

Perasan atau tidak! Ramai daripada kalangan mereka yang "PM" di komen status anda, hanya 10-40% sahaja yang membuat pembelian. Ini kerana, mereka teringin nak dapatkan produk anda. Tetapi mereka nak lihat, cara kita layan mereka. Cara kita hargai diri mereka sebagai pembeli. Cara kita berurusan dan gaya penulisan kita. Sopan atau kasar. Skrip Pemasaran Ajaib mampu bantu tuan puan, dalam skop ini. 

Inilah serba sedikit yang saya boleh simpulkan, bagaimana anda boleh tingkatkan jualan daripada sekarang. 

Jika anda ingin belajar dengan lebih mendalam cara menulis ayat iklan yang dapat menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan lagi hasil jualan anda. Anda boleh dapatkan Skrip Pemasaran Ajaib hasil tulisan Tuan Faris Azaki dan Tuan Amir Faisal.

FAKTA: "Sehingga sekarang, Skrip Pemasaran Ajaib ini telah terjual lebih 1000 unit dalam masa 1-2 bulan. Ini menunjukkan bahawa produk ini berkualiti di pasaran."