TIP #8: Rakam Suara Sebelum & Selepas Tulis Artikel
Untuk mula menulis sesebuah artikel, bagi seseorang yang tidak biasa melakukannya, saya pasti anda akan merasa kekok dan janggal. Yalah.. Dah lama tidak menulis, tiba-tiba ingin menulis semula. Pasti ia sesuatu yang agak sukar. Oleh itu, saya cadangkan kepada anda supaya rakam dahulu suara anda berkenaan perkara yang ingin ditulis.
Gunakan mp3 player atau telefon bimbit anda yang canggih-canggih itu untuk tujuan ini. Manfaatkan sepenuhnya teknologi yang anda miliki sekarang. Apabila anda rakam sebelum menulis, faedahnya seperti berikut:
- Anda berjaya mencipta sumber artikel yang original.
- Anda berjaya elakkan dari mengupah penulis upahan.
- Anda dapat jimatkan masa penulisan artikel.
- Anda mudahkan kerja-kerja penyusunan idea dan isi artikel.
- Anda dapat kurangkan kesalahan-kesalahan yang dibincangkan di tip kesepuluh.
- Anda dapat menulis seperti anda sedang bercakap sepenuhnya.
- Anda dapat menggunakan sumber ini secara percuma.
Selepas anda rakamkan suara anda, terus terjemahkan kelunakan suara anda itu kepada tulisan. Jangan ditangguh-tangguh kerana pada masa itu, idea anda sedang menggelegak diminta untuk dikeluarkan. Sejurus anda siap dengan penulisan itu, mulakan pula kerja-kerja editing dan review.
Bagi melakukan kerja-kerja review dengan lebih efektik dan efisien, rakam semula artikel yang telah siap ditulis. Bacakan artikel tersebut dan dengarkan semula. Dengan berbuat begini, anda dapat memeriksa terlebih dahulu sama ada artikel anda itu berjaya ataupun tidak. Kemudian, para pembaca pasti akan sentiasa berkunjung ke laman web atau blog anda.