Cara dapatkan Ramai Pelanggan Tanpa Perlu Pandai Marketing
Cara paling cepat untuk berjaya dalam bisnes, tanpa perlu mahir menulis ayat jualan atau marketing adalah "Positioning."
Positioning bukan sekadar tagline bisnes yang catchy dan unik.
Positioning adalah membina persepsi yang betul kepada sasaran pelanggan yang kita mahu.
3 Contoh bisnes mahir positioning.
Antara bisnes-bisnes yang cekap dalam positioning adalah:1) AirAsia - Tiket penerbangan tambang murah.
2) Federal Express - Penghantaran dalam masa 1 hari.
3) Expert Plumbing - Positioningnya adalah, "We never close."
Bagaimana kenal pasti positioning bisnes kita?
Langkah pertama untuk membina positioning adalah menjawab soalan berikut:"Apakah tawaran yang pelanggan aku sangat mahukan?"
Jawapan itu boleh digunakan sebagai tagline dan juga alat untuk hebahkan positioning bisnes kita kepada pelanggan.
Dalam pemasaran gerila, tugas kita adalah membuatkan prospek menjadi pelanggan dengan jumlah pengiklanan yang minimum.
Antara ilmu pemasaran gerila adalah:
"Don't tell people how good you make the goods; tell them how good your goods make them." - Leo Burnett.1) Jangan syok sendiri. Jangan buat produk yang kita rasa mahu buat.
2) Setiap mesej kepada pelanggan bukan berkaitan dengan "betapa hebatnya produk kita."
3) Tetapi bagaimana kesan yang pelanggan bakal terima, apabila menggunakan produk kita.
Kenal pelanggan, kuasai pemasaran.
Pemasaran gerila mengajar orang bisnes untuk berfikir dan mengkaji tentang pelanggan.Dengan mengkaji tentang pelanggan, kita dapat tahu bagaimana untuk maksimumkan setiap kempen pemasaran.
3 Faktor menyebabkan content mampu hasilkan banyak jualan?
1) Content itu menepati kemahuan pelanggan.2) Content itu selesaikan masalah pelanggan dalam masa 10 minit selepas mereka hadam maklumat.
3) Content itu mempunyai arahan yang jelas.
Ebook - 3 Formula Marketing.
Dalam ebook ini, kita akan peroleh 3 sistem marketing, yang digunakan oleh bisnes yang mempunyai 19,200 cawangan di seluruh dunia.Untuk individu yang terawal, akan dapat dua ebook bonus bernilai lebih RM47.
1) Teknik tingkatkan jualan 2x ganda dalam masa 72 jam.
2) 4 Cara tukar pelanggan jadi pembeli setia.