2 Jenis Tajuk Ebook Yang Laku Keras

2 Jenis Tajuk Ebook Yang Laku Keras
David Ogilvy adalah tok guru dalam bidang pengiklanan moden (modern advertising).

Beliau dan organisasinya telah membantu ramai pemilik bisnes, untuk hasilkan iklan-iklan yang memperoleh pulangan tinggi dari 2 sudut:
  1. Perhatian.
  2. Jualan.
Antara elemen yang buat iklan kita itu berkesan atau tidak, adalah tajuk yang ditulis.

Atau lebih mesra dikenali sebagai headline.

2 Perkataan yang membantu jualan ebook.

Berdasarkan pengalaman Ogilvy menulis headline, terdapat dua kategori perkataan yang buatkan pelanggan teruja untuk baca dan bertindak.

Dua perkataan itu adalah:
  1. Percuma (Free).
  2. Baru / Terkini (New).
Kedua-dua perkataan ini sudah berkali-kali diuji David Ogilvy.

Berdasarkan analisis beliau, dua perkataan ini melibatkan fitrah emosi manusia biasa.
  • Manusia suka pada barang percuma.
  • Manusia juga suka pada benda-benda baru.

Bagaimana menulis 10 perkataan yang BOLEH DAPAT PERHATIAN PELANGGAN?

Belajar menulis ayat headline yang berpengaruh.

"90% iklan rugi kerana headline mereka tidak menepati citarasa pelanggan." - David Ogilvy.