TIP #6: Gambar Untuk Artikel
Untuk menambahkan lagi keberkesanan tulisan anda, saya cadangkan supaya anda masukkan beberapa gambar ke dalam artikel anda. Hal ini dapat menambahkan keseronokan pembaca untuk membaca artikel anda.
Tetapi, letakkan gambar yang mempunyai hubungkait dengan artikel anda sahaja. Jika artikel anda bercerita tentang buat duit melalui blog, jangan pula anda meletakkan gambar seperti gambar kereta, gambar baju, gambar pinggan dan sebagainya.
Artikel yang ditambah dengan gambar dapat memberi suatu emosi dan kesan kepada pembaca. Contohnya; Artikel yang mempunyai kata-kata semangat ditambah dengan gambar motivasi dapat memberi emosi dan kesan positif kepada pembaca dan begitu juga sebaliknya. Cara penyampaian ini lebih efektif daripada artikel tanpa gambar.

Lebih koheren dan kohesi jika anda letakkan gambar screenshot akaun bank atau cek atau duit untuk artikel tersebut. Gambar seperti itu akan memberi satu kuasa psiko kepada pembaca supaya bertindak seperti yang anda tunjukkan.
Saranan saya, jika boleh, jangan selitkan gambar pada setiap perenggan. Hal ini dapat terbitkan sedikit gangguan terhadap emosi pembaca. Jadi, letakkan gambar yang ingin dimuatkan pada setiap dua perenggan artikel anda.
Dengan menggunakan gambar juga, anda dapat menarik perhatian sesetengah pembaca yang tidak tertarik dengan tajuk artikel anda. Pembaca seperti ini akan ‘skim reading’ atau ‘skip’ atau ‘scan’ sahaja artikel anda itu.
Oleh itu, untuk menarik perhatian pembaca seperti ini, meletakkan gambar yang menarik di tengah-tengah artikel adalah jalan terbaik. Apabila mereka terlihat gambar itu, mereka pasti berhenti daripada ‘scan’ dan akan baca setiap perkataan yang cuba anda ingin sampaikan.