Bagaimana guna RM50 Facebook Ads Untuk Dapatkan 100 Pelanggan

Bagaimana guna RM50 Facebook Ads Untuk Dapatkan 100 Pelanggan

Pakar dalam kenal pasti siapa pelanggan ideal dalam bisnes, iaitu Tuan Faisal Abdullah pernah berkongsi 1 ilmu yang ringkas, dan senang untuk dapatkan ramai pelanggan di Facebook.

Salah satu bisnes beliau adalah membantu orang sakit gastrik, menerusi produk suplemen.

Dalam Facebook, susah untuk kita tahu bahawa seseorang itu ada sakit gastrik.

Pelanggan tidak akan dedahkan identiti mereka.

Pelanggan tidak melakukan perkara berikut:
  • Like page gastrik.
  • Letak maklumat dalam profil Facebook seperti, "Saya ada gastrik."
Cara untuk kenal pasti pelanggan yang ada gastrik adalah menerusi proses filtering (penapisan) pelanggan.

6 Langkah dapatkan pelanggan yang kita mahu.

Cara paling mudah adalah seperti berikut:
1) Buat Facebook Pages khas untuk pesakit gastrik.


2) Gunakan modal RM50 - RM100 sehari untuk kempen Facebook Ads.


3) Buat iklan penapisan pelanggan seperti iklan untuk dapatkan LIKE.


4) Gunakan ayat iklan seperti, "Like jika anda pernah kena gastrik," atau , "Like jika anda ada gastrik yang teruk."


5) Cara ini dapat meningkatkan kebarangkalian (probablity) supaya kita tahu Facebook Pages kita sudah ditapis pelanggannya.


6) Langkah seterusnya adalah re-targeting untuk dapatkan sales (Retargeting ini ilmu yang agak advance).

Belajar lagi 90% ilmu marketing.


  • Menerusi ebook 3 Formula Marketing.
  • 100% diambil daripada kajian kes dan pengalaman pakar, sepanjang berada di kedai yang mempunyai 19,200 cawangan bisnes seluruh dunia.